Saturday 9 June 2012

my BFF dah kawen !

Alhamdulillah..akhirnya kawan baik aku sejak dari form 3 lagi dah kawen you all..! tumpang happy lah kan bila member baik dah kawen dulu..huhu.. 
Norlia Ismail telah selamat diijabkabulkan dengan Kamal Bahri pada 1 jun 2012 yang lalu, dan hari persandingan mereka pada keesokan harinya..Dan aku lah yang jadi pengapit untuk Norlia while pengapit lelaki adalah adik pengantin lelaki..hihi..Dorang ni tak ambil masa yang lama pun untuk kawen, just couple dalam lebih kurang setahun then terus kawen..simpla je kan..and they named their love as 'Kamalia'.. nice name right? <3
ok lah kawan baikku yang comey lotey..selamat pengantin baru dan selamat menempuhi alam rumah tangga dengan berjaya dan cemerlang..gambar-gamba perkahwinan mereka aku upload later la okeh..harini agak penat sikit..heee sorry frens..


sekian :) 

Sunday 6 May 2012

My ikan is DEAD :(

uwaaaa...ikan yang aku beli beberapa bulan lepas dah mati..kedua-duanya sekali.. :( nampak sangat la yang aku tak reti nak bela ikan hiasan..
punca kematian tak pasti la kenapa, sama ada tak cukup makan atau terlebih bagi makanan.. takpelah, semoga ikan-ikan ku tu rest in peace di sana..
bye-bye ikan-ikan comel..semoga kita jumpa lagi di syurga ye..ok bye, sekian saja. Salam 1 Malaysia..


Tuesday 10 April 2012

my blog is all abaout my syok sendiri :D

alhamdulillah syukur ...
aku dah pun start kerja sejak seminggu lepas as a staff nurse. waaah staff nurse you.. kelass sangat ke?? kelas tak kelas belakang cerita, yang penting ikhlas bekerja sepenuh hati demi mencari sesuap nasi dengan cara yang halal..
seriously seghabuk jugak la kepala otak minggu pertama start kerja ni, kena isi borang tu borang ni, nak salinan fotostat itu fotostat ini..bayangkan betapa serabutnya hidup aku seketika. Sampai aku menangis jugak la masa isi borang-borang tu semua. Mujur ayah aku yang penyayang tu tolong tenangkan aku.   hahaha tapi semua tu bak kata orang Malay hanyalah small the pieces je sebenarnya. Tak perlu nak tension yang melampau. Kena buat semua tu dengan relax dan smart. Aku ni je yang kabut sangat dengan all the borangs. Dan alhamdulillah, sekarang semuanya hampir settle. Esok public holiday sempena Pertabalan Agong Malaysia yang ke-14 so takyah pergi kerja. Dapat tidur lambat malam ni untuk update blog ni. Sekian saja entri blog aku kali ni, see ya ! peace no war..

Friday 30 March 2012

satu lagi hajat tercapai !

yeeeayyyy....!
Akhirnya terbeli jugak ikan perhiasan kecik-kecik juga dalam akuarium yang kecik. Memang happy giler la kan perasaan bila akhirnya aku beli jugak ikan-ikan tu petang tadi. Mana tak happynye, sebab dah sebulan lebih jugak la aku dok merayu kat mak aku mintak tolong belikan ikan-ikan tu, tapi memang mak buat tak layan la kan..haha kesian aku.. So, tadi masa pergi pasar malam berdua je dengan kakak aku, tiba-tiba aku ternampak pulak satu gerai jual ikan perhiasan, kura-kura dan hamster jugak. Bila dah nampak kedai tu memang berbunga habis la hati aku. Teruja sangat nak beli. Then, kakak aku yang baik hati pun belanjalah aku beli ikan tu, akuarium dan juga makanan ikan. Semuanya berharga RM 22..murah kan ? :)


nidddiiaaa...ikan-ikan yang dibeli tadi. cute kan ?


             blurrpp blurrpp...


ok lah babbaiii :D

<3 <3 <3 





testing testing !

assalamualaikum...


ini kali kedua buat blog. blog yang pertama dulu dah di-remove sebab tampak bosan dan tidak menarik.. lagi pun masa tu tak berapa minat sangat update blog dan juga tak berapa pandai nak hias2 blog ni.. :)


semoga blog kali ni lebih best dan mantap walaupun mungkin tak ramai orang pun yang baca. blog ni pun tak lebih daripada sekadar seperti sebuah diary biasa bagi ku, so apa-apa perkara yang dirasakan menarik akan aku update :)


untuk sesiapa yang membaca entri ni, salam perkenalan..
okeh..see ya di entri yang mendatang !